Wednesday, 19 September 2012

Selamat Datang Ke QAISARA KIDS HOUSE



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua viewers...

Blog ini merupakan blog yang pertama untuk Qaisara Kids House...Sebelum ini ada cuba buat untuk blog ini tetapi tidak pandai...Mujur ada kursus pembangunan blog yang dikendalikan oleh tempat kerja saya....Amat berguna pada saya, maklum la saya tidak la berapa pandai untuk membuat blog...Blog ini telah dibina pada 20 September 2012.

Tujuan sebenar blog Qaisara Kids House ini adalah untuk menjual barangan dan produk bayi sejak dilahirkan sehingga berumur 7 tahun. Di samping itu, tujuan blog ini juga untuk berkongsi pendapat tentang anak masing-masing mengenai pengalaman, petua, penjagaan, masalah dan sebagainya yang dialami oleh para ibu dan bapa dalam kehidupan mereka seharian dalam proses pembesaran anak...
 
Serba sedikit pengenalan tentang diri saya....

Memegang peranan sebagai seorang ibu, baru saya tahu betapa sukarnya kita untuk menjaga anak dan mendidik mereka menjadi insan yang berguna pada masa hadapan...Di samping itu juga, keseronokan, kesedihan dan pelbagai perasaan yang dialami oleh saya sejak 11 bulan ini...Saya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang anak perempuan yang sihat, ceria dan comey...Thank You ALLAH atas kurniaanMu yang cukup berharga dalam hidup ini...

Saya mula berminat perniagaan barangan bayi ini sejak saya dalam proses melahirkan anak saya yang sulung kerana saya dapati banyak barangan bayi yang comey yang sebelum ini saya tidak pernah terfikir pun untuk membeli...Saya sudah mula aktif menjual barangan bayi sejak 11 bulan ini melalui Facebook Qaisara Kids House dan melalui kawan-kawan... Saya berharap anda akan enjoy dan berpuas hati berurusan dengan saya...Jika ada sebarang masalah atau komen, boleh terus kepada saya supaya saya dapat perbaiki lagi perkhidmatan yang diberikan...

Cukup untuk diri saya serba sedikit, semoga kita dapat berkongsi pengalaman di samping shopping bersama saya...

Thanks All....

No comments:

Post a Comment